Monday, September 5, 2016

NAK JADI PENGELUAR KENA BUKA KILANG

Hari ini berpeluang untuk belajar tentang persediaan yang perlu dibuat untuk membuka kilang. Tapi nanti dulu..!! Kilang?! Biar betul. Besar gedabak bunyi nyer nii...bila disebut jerr 'kilang' modal BESAR niii bro!!! tapi di negara Jepun dan Korea lah yang boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang kekayaan sumber alam semulajadi macam negara cintai Malaysia nii..mereka semata2 bermodalkan sumber tenaga manusia dan perkilangan bagi mereka ialah industri pembuatan kecil-kecilan walaupun kecil-kecilan jerrr...

Jadinya JOM mari sama2 tinjau apa yang perlu ada jika nak diwujudkan industri kecil nii..atau dalam bahasa yang lebih korporat SME laa...atau Small and Medium Enterprise. Nah..ni dia rujukan yang saya akan guna untuk merapu lebih panjang lebar lagiii...hihihiiii 

Apa tu pengilangan..
Kalau ikut kamus orang Putih, 'manufacturing is the process of converting raw materials into products' 

Tapi sebelum nak buka kilang kena tahu juga kenapa nak kena study serba sedikit apa itu pengilangan...

Tujuannya ialah semata2 kerana untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan cara mengurangkan masa pengeluaran. 

3 fasa pengilangan :

1. Rekabentuk produk. contoh : bentuk melengkung.
- melibatkan working drawing.

2. Pemilihan material. contoh : getah grade apa.

3. Method pengeluaran. contoh : stamping.

4. Kenal pasti carta Aliran Proses
- jika dalam produk getah, untuk penghasilan produk dari 'Dry Rubber' (getah kering) proses awal ialah pemilihan getah dan bahan2 sebatian kimia. Seterusnya proses mixing menggunakan mesin 2 Roll Mill. Kemudian proses 'Cross-Link' menggunakan Curing Machine seperti Tommy.

5. PPE (Personal Protective Equipment)
- Signage Amaran. Cth: No Smoking. Safety First. 
- Fire Estinguisher
- Water Sprinkler
- Exit Door
- Alarm 
- Safety Boot
- Helmet
- Face Mask

6. Fahami Akta berkaitan dengan Akta Keselamatan Pekerja

7. Kekemasan dan Sikap Pekerja
- khususnya bagi pekerja yang menggunakan tenaga asing, perlu perhatikan kendalian pekerjaan mereka. 
- kemas diri, kemas tempat bekerja. 

8. Keselamatan Letrik. 
( Rumah guna 60AMP dengan arus Single Phase. Tapi kilang perlu guna 100AMP hingga 200AMP ke atas dengan arus 3 Phase )
- Kenal pasti kick-start guna berapa AMP dan Horse Power untuk mula hidupkan mesin. Mesin selalunya perlu di'warm-up' terlebih dahulu.
- Risiko2 Renjatan, Pencahayaan, Kebakaran, Elektrik Statik

9. Pencegahan Kebakaran
- Kebakaran akan berlaku bila wujudnya 3 elemen iaitu oksigen, bahan bakar dan 'heat'.
- Cara mengawal kebaran dengan kawalan secara menutup salah satu dari elemen2 di atas. Cth: hilangkan oksigen dengan cara menutup semua ruang2 udara yang ada. hilangkan minyak dengan menyembur buih. 

YESS... sekarang dah boleh buka kilang. Horreeeyyyy!!!

No comments:

Post a Comment