Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Allah SWT kerana selepas berada di Akademi Hevea Malaysia di Sungai Buloh, Selangor beberapa minggu dan beberap bulan...hihihii, barulah hari ini berkesempatan untuk membina laman web berkaitan dengan industri getah yang saya mula ceburi tahun lepas. Di sinilah tanah tumpahnya saya menyedut ilmu pengajian getah khususnya dalam industri hiliran.
Alkisahnya sebenarnya bermula selepas saya membuat keputusan untuk 'berhenti dari makan gaji' ( ayat clishe tuu..!!) di salah sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan Negeri Kelantan dalam agro industri. Al maklumlah bila membuat keputusan untuk berhenti tuu...mula lah mencari2 manalah tempat yang nak dituju nii.. apa lah plan pengangguran atau pencen awal...
Dipendekkan cerita, keluarga kami sebenarnya semenjak dulu lagi dah keluar masuk kebun getah. Seingat saya lah masa kecik-kecik dulu di pondok menunggu dalam kebun di Kpg. Telekong, Kuala Krai masa tuu, kalau masuk ke dalam rumah mula2 yang berbau adalah bau aroma susu getah. Atas bumbung rumah penuh dengan galang2 kayu getah yang disedai berderet2 dengan getah skerap untuk dikeringkan. Sehingga kinilah kalau dikatakan bau getah.. dah boleh dikatakan dah melekat di hujung batang hidung niii....hahahaa
Nostalgia kebun getah di Kuala Krai masih disimpan tetapi cuma dalam ingatan sajalah. Nostalgia yang ada di atas nii...iaitu semasa menjadi UBIG - Usahawan Bumiputera Industri Getah. Perkongsian yang ada diperolehi semasa menongkah arus melintang patah di Akademi juga perjalanan selepasnya akan diabadikan melalui catatan2 di sini supaya bermanfaat bagi semua pembaca dan pencinta industri & produk getah.

No comments:
Post a Comment